Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis berkenan saksi Latihan Kuasa Tembakan 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis berkenan saksi Latihan Kuasa Tembakan 2023

Pemangku Raja Perlis berkenan saksi Latihan Kuasa Tembakan 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Julai 2023 11:04

GEMAS: Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan 2023 yang berlangsung di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeian Jantan; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi Ab. Rashid.

Rashidin Hashimi dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bahawa objektif Latihan Kuasa Tembakan 2023 yang pertama adalah untuk mempamerkan keupayaan kombat tim dalam ketumbukan gabungan penggempur melalui manuver dan kuasa tembakan yang melibatkan persenjataan infantri, armor, artileri dan mekanize pasukan Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Katanya, objektif seterusnya pula ialah memberi pendedahan mengenai kebolehan manuver dan kuasa tembakan dari sistem persenjataan yang sedia ada dalam Angkatan Tentera Malaysia dan akhir sekali menilai tahap kompetensi anggota tentera yang terlibat dan menguji keupayaan pengurusan pasukan dalam melaksanakan latihan yang melibatkan tembakan peluru dan bahan letupan sebenar.

“Latihan Kuasa Tembakan ini juga dilaksanakan untuk memenuhi keperluan modul akademik ketenteraan bagi kursus pemerintahan dan staf Malaysia.

“Langkah ini juga secara tidak langsung menguji TDM khasnya, dan ATM dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Pemangku Raja Perlis menzahirkan agar semua warga ATM akan terus menjalankan tugas dengan penuh integriti, amanah dan bertanggungjawab.

“Semoga setiap inci keselamatan negara kita akan terus dijaga dengan rapi termasuklah di setiap perairan, ruang udara dan juga sempadan negara,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah turut diiringi sama oleh seramai 13 orang Pegawai dan 92 Anggota Lain-lain Pangkat Sukarela dan Tetap termasuklah Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Tuanku Pemangku Raja turut tidak melepaskan peluang mencuba melakukan tembakan daripada kereta perisai 30mm CamGun 8×8 GEMPITA di akhir program tersebut. 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE