Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Sempurnakan Perasmian Liga Besbol Kebangsaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis Sempurnakan Perasmian Liga Besbol Kebangsaan

Pemangku Raja Perlis Sempurnakan Perasmian Liga Besbol Kebangsaan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Julai 2023 15:34

SERDANG, 9 Julai - Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Liga Besbol Kebangsaan 2023 di Padang Besbol Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (PBM) Sazali Husain.

Tuanku Syed Faizuddin dalam ucapannya bertitah pembabitan masyarakat dalam sukan dapat membentuk budaya cara hidup yang sihat, selain membantu membina keyakinan dan keterampilan diri seseorang individu.

"Melalui penglibatan sukan juga, seseorang itu akan didedahkan dengan pelbagai nilai-nilai kehidupan.  Dengan menyertai aktiviti sukan yang melibatkan rakan sepasukan dan pertandingan, kita akan merasai pengalaman menang atau kalah serta belajar untuk bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai suatu misi," titah baginda.

 

Liga Besbol Kebangsaan 2023 julung kali dianjurkan oleh PBM bersama pihak penaja AEON BiG Sdn Bhd, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).

Liga itu telah bermula pada 10 Jun lepas dan dijalankan selama enam minggu pada setiap Sabtu dan Ahad yang disertai 184 peserta berusia 20 hingga 30 tahun dari lapan negeri iaitu Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Hannah menerusi ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia komited untuk menyalurkan platform bagi membawa sukan besbol ke peringkat yang lebih membanggakan di tanah air. 

“Penganjuran Kejohanan Liga Besbol Kebangsaan 2023 ini telah membuka peluang kepada atlet-atlet muda menunjukkan bakat mereka dan sekali gus mampu menjadi medan pemilihan atlet bagi mewakili negara ke kejohanan antarabangsa,” katanya.

Sumber daripada Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE