Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YTSP hargai pencapaian cemerlang pelajar SPM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
YTSP hargai pencapaian cemerlang pelajar SPM

YTSP hargai pencapaian cemerlang pelajar SPM

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 08 Julai 2023 08:05

KANGAR, 7 Julai- Seramai 45 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Perlis menerima Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi menghargai pencapaian cemerlang mereka.

Daripada jumlah itu, empat orang merupakan penerima Anugerah Cemerlang, sembilan penerima Anugerah Kepujian dan 32 lagi merupakan penerima Anugerah Khas YTSP.

Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus berkata, pengiktirafan tersebut adalah galakan kepada pelajar untuk terus mengekalkan momentum cemerlang dalam bidang akademik.

Dalam masa sama, menjadi contoh serta motivasi kepada pelajar lain supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

"Kita mula-mula memperkenalkan anugerah ini tahun 1991 kerana pada ketika itu saya memikirkan bahawa pelajar-pelajar kita ni masing-masing yang cemerlang berhajat melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh tetapi tidak semua yang boleh ada peluang terutama sekali pada mereka yang tidak melebihi kecemerlangan ia dari peringkat pertengahan."

"Jadi untuk memberi galakan kepada pelajar yang tidak boleh masuk ke sekolah berasrama penuh ini mereka juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika mereka beri tumpuan khusus dan secara serius dalam mata pelajaran mereka."

Beliau ditemui media pada Majlis Pengurniaan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang berlangsung di Kangar, Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan berangkat mengurniakan anugerah berkenaan.

Sehingga kini, seramai 261 pelajar telah menerima Anugerah YTSP Perlis yang mula diperkenalkan sejak tahun 1991 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Wartawan: Nur Insyirah Kamaruzaman
Foto: Media SUK Perlis

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE