Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pastikan pelaksanaan projek berjalan lancar – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pastikan pelaksanaan projek berjalan lancar – Pemangku Raja Perlis

Pastikan pelaksanaan projek berjalan lancar – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 08 Julai 2023 07:53

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya setiap jabatan serta agensi di negeri ini yang terlibat dalam pelaksanaan sebarang projek yang telah diluluskan untuk terus memainkan peranan bagi memastikan ia berjalan lancar dan disiapkan mengikut perancangan.

Pada masa yang sama titah Baginda, semua kontrak perlu ditadbir dengan cekap, dipantau dan dilaporkan secara berkala dengan efisyen bagi memastikan jika berlaku sebarang isu ia dapat ditangani segera tanpa menunggu di saat-saat akhir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pelajar UUM Kumpulan 2 SSWP1033 kursus Kesukarelawanan Kumpulan B, College of Arts and Sciences pada perkarangan Pejabat PVAC Kampung Tok Larak Repoh, Kangar

 

“Manakala bagi projek yang telah siap, jabatan serta agensi yang dipertanggungjawabkan perlu terus membuat penilaian ’outcome’ supaya kejayaan dan kelemahan projek tersebut dapat terus diukur,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan singgah melawat aktiviti ‘Program Kesukarelawanan: Berkhidmat untuk Komuniti’ yang diadakan di perkarangan Pejabat Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Kampung Tok Larak Repoh, Kangar, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda ke program anjuran PVAC bersama 20 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Kumpulan 2 SSWP1033 kursus Kesukarelawanan Kumpulan B, College of Arts and Sciences tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Pengerusi PVAC, Effendey Harun dan Pensyarah Kanan Kursus Pengurusan Kesukarelawanan UUM, Dr Fatimah Zailly Ahmad Ramli.

Di kesempatan tersebut juga Pemangku Raja turut menyarankan supaya mekanisme-mekanisme penambahbaikan sentiasa dibuat bagi membolehkan rakyat dapat menyalurkan aduan dengan mudah.

Selain itu titah Baginda, jabatan serta agensi yang berkenaan harus mengambil langkah pro aktif untuk menyelesaikan aduan tersebut segera.

“Aduan ini mesti dipantau dan diambil tindakan dengan pantas dan diselesaikan,” titah Baginda.

Pada program tersebut juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perlis mengadakan agihan zakat korporat kepada 10 asnaf.

Aktiviti lain yang diadakan adalah agihan pakaian percuma oleh PVAC menerusi #Boutique4Community dan acara sukaneka yang melibatkan asnaf dan komuniti setempat. Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua pengunjung.

Program bersama pelajar UUM ini telah bermula Mei lalu dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan termasuk mengadakan kempen sumbangan pakaian terpakai, menyusun atur pakaian di butik, dan menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat di Kampung Seberang Sungai Repoh bagi merasai sendiri pengalaman sebagai seorang sukarelawan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE