Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pentingnya pelaksanaan sekuriti makanan negara – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pentingnya pelaksanaan sekuriti makanan negara – Pemangku Raja Perlis

Pentingnya pelaksanaan sekuriti makanan negara – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Julai 2023 08:11

Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah isu kekurangan bekalan semuanya mengajar bertapa pentingnya pelaksanaan sekuriti makanan negara.

Baginda bertitah, antara tunggak bagi sekuriti makanan yang pertama adalah ketersediaan makanan iaitu ketersediaan kuantiti makanan yang mencukupi dan berkualiti sama ada dibekalkan melalui pengeluaran domestik atau import.

Titah Baginda, kedua pula adalah akses makanan iaitu akses kepada sumber makanan yang mencukupi oleh individu dan ketiga pula penggunaan iaitu penggunaan ke atas makanan yang lengkap adalah secara berterusan dan mudah diperoleh dan mempunyai sumber air yang bersih.

“Selain itu keempat pula kestabilan iaitu untuk memastikan sekuriti makanan, individu atau isi rumah mempunyai akses untuk makanan sepanjang masa,” titah Baginda.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas Baginda berkenan menyampaikan sumbangan
berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia.

Sebelum itu Konsul Malaysia, Azizah Abd Aziz dan Pegawai Perhubungan Polis DiRaja Malaysia (MPLO), Assisten Superitendan, Ahmad Shahir Abdullah menyambut keberangkatan tiba Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu.

Sumbangan berkenaan adalah untuk tujuan Tabung Ibnu Sabil bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di Sumatera Utara untuk diamanahkan melalui budi bicara pihak pejabat konsulat itu.

Turut berangkat adalah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama anakanda-anakanda Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE