Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kaum wanita perlu tambah ilmu – Raja Puan Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kaum wanita perlu tambah ilmu – Raja Puan Muda

Kaum wanita perlu tambah ilmu – Raja Puan Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Julai 2023 08:09

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah supaya kaum wanita berusaha untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan supaya dapat lebih berdaya saing pada zaman yang serba mencabar ini.

Baginda bertitah, ini kerana ilmu merupakan elemen terpenting dalam pembentukan nilai seorang insan termasuklah wanita.

Titah Baginda, dalam sejarah Islam, wanita bukan sekadar menguruskan rumah tangga sahaja, tetapi pada masa yang sama turut terlibat dalam pelbagai bidang dan aktiviti kemasyarakatan.

“Malah ketokohan para wanita Muslimah itu terserlah terutama sekali dalam bidang pendidikan dan keilmuan,” titah Baginda.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bertitah demkian ketika berkenan merasmikan Penutupan Webinar Wanita Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis berjudul “Ketokohan Wanita Melalui Pedoman Al Quran & Al Sunnah”.

Baginda selaku Pengerusi YTF bertitah, sesungguhnya wanita adalah watak utama dalam pembentukan institusi keluarga.

“Pengasuhan dan pendidikan anak-anak segalanya bermula daripada tangan seorang wanita yang bergelar ibu,” titah Baginda.

Titah Baginda, dengan tangan yang lembut menghayun buaian inilah maka lahirnya tokoh-tokoh yang memimpin masyarakat dan mentadbir negara.

“Maka dapatlah kita ketahui bahawa amat besar sekali peranan wanita dalam kehidupan manusia,” titah Raja Puan Muda.

Terdahulu daripada itu, di awal program pada sebelah paginya sesi perasmian webinar berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE