Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam berperanan dalam setiap usaha memartabatkan institusi Islam n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Umat Islam berperanan dalam setiap usaha memartabatkan institusi Islam

Umat Islam berperanan dalam setiap usaha memartabatkan institusi Islam

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Julai 2023 07:55

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, umat Islam bertanggungjawab dan berperanan dalam setiap usaha memartabatkan institusi Islam demi kemajuan, kelangsungan dan kesejahteraan ummah.

Titah baginda, setiap institusi atau agensi agama perlu dipastikan diuruskan dengan baik mengikut konsep tadbir urus Islam yang bijaksana dan mampan.

“Institusi berkaitan hal ehwal Islam perlu memberi fokus yang khusus dalam menjaga maslahah agama, melaksanakan pendekatan dakwah dan tarbiah demi memastikan pemeliharaan perpaduan ummah,” titah baginda ketika menyampaikan ucap tama dan merasmikan The International Seminar On Tajdid di Auditorium Islamia College, Rylands Estate, Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini.

 
 

Seminar tersebut dianjurkan oleh Awqaf South Africa dengan kerjasama International Peace College South Africa (IPSA), Medina Institute, Islamia College dan Majlis Agama Islam Afrika Selatan (MJC) yang dihadiri oleh para ilmuan, sarjana dan para penggerak pelbagai organisasi umat Islam di negara tersebut.

Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil itu disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IPSA, Hafiz Advocate Abubakr Mohamed dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Awqaf South Africa (Awqaf SA), Mickaeel Collier.

Seterusnya baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berharap agar kerjasama dan perkongsian strategik dalam hal ehwal agama Islam akan mewujudkan sinergi positif yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara yakni Afrika Selatan dan Malaysia terutama negeri Perlis.

Terdahulu, baginda dan Raja Puan Muda Perlis berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian hasrat kerjasama oleh MAIPs dengan Awqaf SA di Cape Town sempena program Safar Ilmi MAIPs ke Afrika Selatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor menandatangani bagi pihak MAIPs manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mickaeel Collier pula mewakili Awqaf SA dengan hasrat untuk bekerjasama dalam bidang wakaf terutamanya yang melibatkan kerjasama program di peringkat global.

Selain itu, turut dilaksanakan ialah beberapa sesi perbincangan strategik antara MAIPs dengan beberapa pihak lain seperti Majlis Agama Islam Afrika Selatan (MJC), Imam Development Program dan Yayasan Aliman.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE