Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Setiap Masalah Ada Jalan Penyelesaian – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Setiap Masalah Ada Jalan Penyelesaian – Pemangku Raja Perlis

Setiap Masalah Ada Jalan Penyelesaian – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Jun 2023 11:29

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya maka tiada sesuatu yang mustahil jika terus berusaha tanpa berputus asa.

 

Sehubungan itu titah Baginda, usaha untuk membangunkan semula golongan-golongan yang terjejas teruk akibat Covid-19 amatlah dititik beratkan.

Titah Baginda, setiap suatu perkara perlu diselesaikan daripada akarnya maka atas sebab itu sebelum golongan asnaf ini dibimbing, pembangunan untuk menambah kepakaran kepada guru kaunselor di seluruh Perlis terlebih dahulu dilaksanakan.

Baginda bertitah, tujuannya supaya para kaunselor dapat lebih mendekati dan menyelami isi hati dan konflik-konflik dalam kalangan asnaf.

“Sesungguhnya, sokongan yang jitu dan padu perlu untuk menambah keyakinan kepada golongan asnaf dan B40 ini supaya mara ke hadapan dan berusaha untuk mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik dan bermakna,” titah Baginda.

Baginda bertitah demkian ketika berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutup Bengkel Pembangunan Insan Terpilih Madani di Dewan Kota Melaka, Park Avenue Hotel, Sungai Petani.

Keberangkatan tiba Baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengerusi Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE), Datuk Prof. Emeritus. Dr. Kamarudin Hussin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Sektor Pembangunan Murid, Che Rasaidi Che Yob dan Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Farah Farhana Zainal.

 

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dr. Kamarudin berkata, antara inisiatif untuk mengubah kehidupan keluarga asnaf ke arah hidup yang lebih baik ialah melalui cetusan idea untuk memperhebat guru kaunseling khususnya di negeri Perlis.

“Ini kerana dipercayai setiap permasalahan perlu diselesaikan dari akarnya dan Bengkel Pembangunan Insan Terpilih Madani ini diadakan untuk memperkasa guru-guru kaunseling demi merubah kehidupan keluarga asnaf di Perlis,” katanya.

Program ini katanya, turut bermatlamat bagi mengukuhkan kumpulan terlatih pembangunan insan melalui gabungan pelajar dan guru kaunseling yang dilihat mempunyai potensi kuat dalam menangani isu kekeluargaan dalam keterjaminan pendidikan terutama keluarga asnaf dan B40.

“Program ini akan melalui 3 Fasa bermula dengan Fasa 1 iaitu Bengkel Pembangunan Insan Terpilih Madani yang melibatkan guru-guru kaunseling di Perlis,” tambahnya.

Katanya, Fasa 2 pula Bengkel Intensif Pembangunan Insan Terpilih Madani melibatkan 50 Ketua Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih (KPPIM), 200 pelajar sekolah dan universiti Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (RPPIM).

Tambahnya, pada Fasa 3 kemudiannya adalah Bengkel Pembangunan Insan Terpilih yang akan mempraktikkan modul ‘turun padang’ di mana peserta program akan menjadi Ketua Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih yang seterusnya akan membimbing Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih MADANI yang terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE