Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Murid-Murid Peneroka Ilmu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan Murid-Murid Peneroka Ilmu

Jadikan Murid-Murid Peneroka Ilmu

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Jun 2023 10:25

PADANG BESAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menjadikan murid-murid sebagai peneroka ilmu dengan bukan sekadar pengikut semata-mata.

 

Titah baginda, ia amatlah penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ini.

Baginda bertitah, usaha bersepadu perlu dilakukan oleh semua lapisan komuniti agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak.

“Selain itu, bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang baik juga sangat penting. Murid yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian.

“Senario ini membantu murid untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial. Ibu bapa juga perlulah menjadi suri teladan terbaik kepada anak-anak di rumah. Sesungguhnya murid-murid pada hari ini merupakan pewaris yang bakal mendukung impian dan harapan negeri dan juga negara satu hari nanti,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat meninjau program Madani anak bangsa ‘ Membangun Potensi, Membina Masa Depan’ anjuran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bersama Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka baru-baru ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Guar Nangka, Lili Mariam Mohammad@Mokhtar.

Program selama dua hari itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), TAWFEQ (Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq) UCMI dan juga Tuanku Lailatul Shahreen Centre Of Children’s Industry and Livelihood (CCMI) UCMI.

Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan sempena program tersebut ialah lima bengkel percuma, pameran pendidikan, temuduga terbuka, pemeriksaan kesihatan percuma, kenduri komuniti dan ‘Tour De Faculty’.

Pada hari pertama program itu, para pelajar tingkatan empat dan lima daripada 20 buah sekolah di negeri ini turut hadir mendapat input dan informasi terkini mengenai peluang-peluang bagi melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai program yang ditawarkan di UCMI.

 

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE