Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penjawat Awam Perlu Pantas Buat Keputusan – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penjawat Awam Perlu Pantas Buat Keputusan – Pemangku Raja Perlis

Penjawat Awam Perlu Pantas Buat Keputusan – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Jun 2023 10:15

PENJAWAT awam perlu menghayati nilai iaitu perlu bertindak dan membuat keputusan dengan pantas dalam sesuatu urusan demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

 

Dalam usaha mencapai nilai kepantasan dalam melaksanakan tugas, penjawat awam perlu memiliki beberapa kompetensi yang seiring dengan keperluan semasa dan warga Pentadbir Universiti Awam perlulah bertindak sebagai agen perubahan dan seterusnya berupaya mengetuai sesuatu perubahan khususnya dalam persekitaran yang tidak menentu.

 

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023’ yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Presiden MASTI, Raja Shah Erman Raja Arifin.

 

Turut hadir ke program bertujuan untuk menghargai sumbangan individu-individu dan agensi-agensi yang memperkasakan peranan Pentadbir Universiti Awam di Malaysia tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto dan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (JKPUA) Malaysia, Datuk Dr. Musa Ali.

Majlis ni juga disekalikan dengan penganjuran International Seminar On University Management (ISUM III) dan International Volunteerism Corporate Responsibility (IVCORE II) yang merupakan program anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama MASTI yang diadakan secara dwi tahunan di lokasi terpilih.

Titah Pemangku Raja, Pentadbir Universiti merupakan teras kepada ekosistem Universiti di mana ia adalah sama pentingnya dengan peranan dan tanggungjawab para akademik. Kecemerlangan universiti juga bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan dalam mentadbir dasar dan proses kerja di semua peringkat organisasi’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap para pentadbir universiti melalui MASTI terus menerokai potensi dan peluang-peluang baharu dalam memperkasakan lagi bakat Pentadbir seterusnya memberi manfaat kepada komuniti sejagat.

Baginda juga mendoakan perjalanan program yang akan berlangsung dipermudahkan dan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE