Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja terima mengadap Pemangku Gabenor Wilayah Satun n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja terima mengadap Pemangku Gabenor Wilayah Satun

Pemangku Raja terima mengadap Pemangku Gabenor Wilayah Satun

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 20 Jun 2023 16:10

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap Pemangku Gabenor Wilayah Satun Thailand, Chatri Na Thalang di Galeri Diraja, Arau.

Baginda diiringi Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; dan Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Puteh Soraya A Rahman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Chatri Na Thalang di Galeri Diraja, Arau.

 

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi, Dr. Mohd Shaharin Umar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Raja Datuk Azwane Raja Ariff.

Chatri selaku ketua delegasi seramai 10 orang, mempersembahkan hasrat untuk membincangkan kerjasama dua hala jangka masa pendek dan panjang yang boleh dipelopori antara Perlis dan Wilayah Satun kepada Pemangku Raja.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima Chatri Na Thalang bersama delegasinya di Galeri Diraja, Arau.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra pula menzahirkan rasa sukacita dengan kehadiran delegasi dari Thailand ke Perlis.

Baginda berharap agar perjumpaan ini akan mencapai kata putus yang positif dan menguntungkan kedua-dua belah pihak serta lebih banyak lagi kerjasama seperti ini dapat dijalankan dengan para pemain industri dalam pelbagai sektor turut dilibatkan dari masa kesemasa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama Chatri Na Thalang dan delegasinya di Galeri Diraja, Arau.

 

Pemangku Raja juga menyarankan agar diwujudkan kerjasama antara para usahawan Perlis dan Satun melalui Dewan Perniagaan masing-masing bagi memperluaskan lagi pasaran sedia ada di samping potensi pelancongan diterokai secara bersama termasuklah promosi destinasi Satun dan juga Perlis melalui papan-papan iklan (billboard).

 

SUmber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE