Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja sempurnakan Anugerah Kecemerlangan SMK Tuanku Lailatul Shahreen n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja sempurnakan Anugerah Kecemerlangan SMK Tuanku Lailatul Shahreen

Pemangku Raja sempurnakan Anugerah Kecemerlangan SMK Tuanku Lailatul Shahreen

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 20 Jun 2023 15:58

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Sektor Pengurusan Sekolah, Hamidi Md Saad dan Pengetua SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Noorihal Muhammad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh para pelajar dan guru semasa merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

 

Pada majlis tersebut bukan sahaja lebih 70 pelajar cemerlang dalam peperiksaan diraikan malah juga disampaikan anugerah khas kategori guru kepada 11 orang berdasarkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dalam pelbagai mata pelajaran.

Pemangku Raja juga turut berkenan menyampaikan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra kepada pelajar cemerlang yang terdiri dari Aina Shaza Hashini (2019), Nur Anis Najihah Aziz (2020), Muhammad Danial Zainudin (2021) dan Imanina Einani Ibrahim (2022).

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang di majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

 

Semasa bertitah pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra mahukan semua pihak bersama-sama memainkan peranan dalam membimbing dan memberikan teladan terbaik kepada murid untuk menjadi individu yang berguna kepada keluarga, komuniti, negeri dan juga negara.

“Semoga generasi masa kini menepati ciri-ciri modal insan bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan yang mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam semua aspek dan menjadi harapan nusa serta bangsa” titah Baginda. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE