Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Agensi, organisasi disaran transformasi perkhidmatan ke digital n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Agensi, organisasi disaran transformasi perkhidmatan ke digital

Agensi, organisasi disaran transformasi perkhidmatan ke digital

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 14 Jun 2023 16:06

SETIAP agensi dan organisasi di Perlis disaran cuba mentransformasikan perkhidmatan masing-masing ke arah digital, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, ia sejajar dengan era digitalisasi masa kini serta menyahut perancangan yang terkandung dalam Pelan Digital Perlis 2021-2025.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf.

 

Titah Baginda, perubahan harus dibuat selari dengan peredaran semasa di mana perkhidmatan tanpa tunai di setiap agensi ataupun organisasi juga harus diperluaskan supaya dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, memudahkan urusan pelanggan serta mengurangkan sebarang ketirisan.

Sehubungan itu titah Baginda, setiap agensi dan organisasi di negeri juga wajar mempunyai perancangan untuk meningkatkan perkhidmatan masing-masing ke arah digital.

 

“Justeru itu, setiap perancangan dan pembangunan digital yang dibuat hendaklah dilaporkan ke perhatian Majlis Digital Negeri Perlis yang akan dapat memantau dan melihat kemajuan pelaksanaan setiap projek dan program tersebut,” titah Baginda.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertanya sesuatu kepada salah seorang asnaf yang menerima agihan zakat MAIPs.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Ke-36 bagi tahun 2023 di sekitar Kampung Kubang Perun dan Kampung Chelong baru-baru ini.

Hadir mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara asnaf terpilih yang sempat Baginda santuni dan sampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700 setiap seorang ialah Osman Din, 88, Saluema E Sor, 63 dan Mohd Khali Salleh, 52.

 

Antara asnaf yang menerima sumbangan agihan zakat MAIPs yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

Pemangku Raja juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Digital Nasional Berhad dalam menyediakan liputan jalur lebar melalui program JENDELA dan rangkaian perkhidmatan 5G di Perlis.

Baginda amat berharap supaya melalui projek-projek ini, sedikit sebanyak akan mampu membawa perubahan kepada ekonomi dan gaya hidup rakyat Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga mahukan perhatian serius turut diberikan dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong dan kawasan peniaga. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE