Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sentiasa lindungi, jaga kebajikan rakyat – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sentiasa lindungi, jaga kebajikan rakyat – Pemangku Raja Perlis

Sentiasa lindungi, jaga kebajikan rakyat – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 13 Jun 2023 16:19

Rakyat hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga kebajikan mereka dalam apa jua keadaan, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah Baginda, kebajikan rakyat negeri Perlis adalah satu keutamaan.

Antara asnaf yang dipilih sebagai penerima zakat yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun, Mata Ayer.

 

Sehubungan itu titah Baginda, dalam memastikan keselesaan dan kebajikan rakyat negeri ini sentiasa berada pada tahap terbaik, adalah diharapkan supaya setiap perancangan program dan projek pembangunan mengambilkira manfaat yang akan diterima rakyat.

Sebagai contoh titah Baginda, fasilitasi awam, kawasan rekreasi dan riadah harus diperbanyakkan dan sebagainya.

 

Salah seorang asnaf wanita menerima zakat yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun, Mata Ayer.

 

“Manakala dari aspek penyediaan infrastruktur, agensi yang berkenaan perlu memastikan penyediaan infrastruktur utama seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, jaringan komunikasi dan lain-lain lagi sentiasa berada pada tahap yang memuaskan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 asnaf terpilih dalam satu program di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun, Mata Ayer.

70 daripada penerima adalah dari kalangan anak kariah Kubang Perun dan 70 lagi dari kariah Panggas.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah kepada asnaf pada program agihan zakat MAIPs di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun, Mata Ayer.

 

Turut hadir mengiringi Pemangku Raja ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE