Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkasa kaedah pertanian moden, pemasaran digital n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perkasa kaedah pertanian moden, pemasaran digital

Perkasa kaedah pertanian moden, pemasaran digital

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 13 Jun 2023 10:02

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap sektor pertanian di negeri ini diperkasa menerusi kaedah pertanian moden serta pemasaran produk secara digital.

Baginda bertitah, pemerkasaan ini akan berupaya untuk menguntungkan para petani dan penternak di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra memyerahkan zakat kepada salah seorang asnaf.

 

“Mereka juga perlu diberikan pendedahan dan bimbingan untuk meningkatkan hasil pendapatan walaupun ia cuma melibatkan skala pertanian bersaiz kecil,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Mursyid, Guring, Pekan Pauh, Arau.

 

SALAH seorang asnaf menerima agihan wang zakat daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga asnaf iaitu Ishak Sabu, 60, di Kampung Paya Guring, Sepiah Abu, 79, di Kampung Alor Setar; Shuib Abdullah, 75, di Kampung Kubang Paya sebanyak RM700 setiap seorang.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut diadakan ialah simbolik Penyerahan Kutipan Tapak Wakaf MAIPs Pasar Pagi Ahad, Pauh, Arau Bagi Empat Bulan Pertama Tahun 2023 bernilai RM2407.50. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE