Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis terima mengadap Sultan Selangor n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis terima mengadap Sultan Selangor

Raja Perlis terima mengadap Sultan Selangor

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 April 2023 09:06

15 April 2023 ~ DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menziarahi DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Perlis, Kuala Lumpur.

Tuanku Raja Perlis telah selamat menjalani pembedahan bagi membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya (HPj) pada Sabtu, 1 April 2023.

Baginda berdua turut disambut oleh DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid.

Baginda berdua menzahirkan rasa gembira apabila diberitahu bahawa pembedahan DYMM Raja Perlis itu berjaya dan mendoakan agar Baginda akan segera sembuh. In Shaa Allah.

Keberangkatan Baginda berdua diiringi oleh YAM Tengku Syarif Panglima Perlis Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, serta YDM Engku Maharaja Lela Setia Paduka Syed Budriz Putra Jamalullail dan YDM Engku Panglima Setia Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail.

Raja_Perlis_terima_mengadap_Sultan_Selangor_1.jpg

 

 

 

Sumber: Selangor Royal Office (Facebook)

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE