Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - EMPAT TINDAKAN MARTABATKAN LAGI MASJID DALAM BINA KEMAJUAN UMMAH - PEMANGKU RAJA PERLIS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
EMPAT TINDAKAN MARTABATKAN LAGI MASJID DALAM BINA KEMAJUAN UMMAH - PEMANGKU RAJA PERLIS

EMPAT TINDAKAN MARTABATKAN LAGI MASJID DALAM BINA KEMAJUAN UMMAH - PEMANGKU RAJA PERLIS

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 April 2023 08:48

KUALA PERLIS, 15 April (Bernama) -- Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini bertitah menggariskan empat tindakan yang boleh dilakukan untuk memartabatkan lagi institusi masjid yang memainkan peranan penting dalam membina kemajuan ummah.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah tindakan pertama ialah umat Islam perlu mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta mengimarahkan rumah ibadat itu dengan pelbagai aktiviti pembangunan ummah seperti penganjuran program Jelajah Ramadan RTM di masjid. 

"(Tindakan) Kedua, memelihara masjid daripada anasir yang melemahkannya, maka tanggungjawab menegakkan kebenaran perlulah dilaksanakan bagi setiap masa, ketiga menyediakan kemudahan mesra jemaah atau pengguna yang lebih menarik untuk menggalakkan aktiviti pengimarahan masjid," titah baginda.

Pemangku Raja Perlis itu bertitah demikian pada majlis penutupan Program Jelajah Ramadan RTM 2023 yang disempurnakan baginda di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman.

Penganjuran program jelajah Ramadan yang masuk tahun ke-11 itu lebih istimewa kali ini kerana dilaksanakan di 77 masjid dan surau terpilih di seluruh negara yang bersempena sambutan ulang tahun ke-77 RTM sebagai stesen penyiaran ulung dan terbaik negara dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah tindakan keempat pula adalah dengan memperbanyakkan kerjasama strategik antara agensi bagi mencapai objektif semaksimum mungkin dan aktiviti jelajah Ramadan ini  memenuhi kriteria itu serta memberikan impak kepada masyarakat.

Sementara itu, baginda turut bertitah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota beruniform yang bertugas di sempadan negara pada Aidilfitri nanti serta menyeru mereka menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti berpandukan pematuhan undang-undang.

Seramai 77 asnaf diraikan pada majlis itu dengan pemberian sumbangan wang tunai yang disempurnakan Pemangku Raja Perlis selain anggota keselamatan dan petugas sempadan negara turut menerima sumbangan berupa kuih raya.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE