Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs peruntuk lebih setengah juta, urus masjid seluruh Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs peruntuk lebih setengah juta, urus masjid seluruh Perlis

MAIPs peruntuk lebih setengah juta, urus masjid seluruh Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 April 2023 14:20

KANGAR, 12 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM505,000 bagi tujuan pengurusan di 101 buah masjid seluruh Perlis sepanjang tahun ini.

Melalui peruntukan yang disalurkan berkenaan, pengurusan masjid hendaklah berusaha memastikan aktiviti dan program yang dilaksanakan relevan dan berimpak kepada masyarakat.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebagai kumpulan bertanggungjawab di peringkat kariah, jawatankuasa masjid diberi mandat melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan, ilmiah dan kemasyarakatan.

"Setiap aktiviti yang dilaksanakan seharusnya selari dengan dasar dan peraturan yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

"Usaha menerapkan ketakwaan di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul jawatankuasa kariah masjid sepertimana termaktub dalam Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Perlis 1990,"titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah pada simbolik penyerahan sumbangan kepada masjid seluruh Perlis sempena Program Qiam Ramadan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama, Kangar.


(FOTO MEDIA ISTANA ARAU)

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE