Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sumbang RM612,000 Untuk “Food Bank” Di 102 Masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Sumbang RM612,000 Untuk “Food Bank” Di 102 Masjid

MAIPs Sumbang RM612,000 Untuk “Food Bank” Di 102 Masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 15:20

SEBANYAK RM612,000 sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2023 disalurkan untuk bantuan makanan ‘foodbank’ melalui masjid oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di seluruh negeri ini.

 

Sumbangan berkenaan adalah salah satu pendekatan MAIPs bagi membantu warga asnaf dan golongan memerlukan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.

Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengambil sempena Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Alwi Kangar, semalam.

Berangkat sama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan Tuanku Pemangku Raja disambut oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program agihan makanan berkenaan adalah salah satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

 

Selain itu, MAIPs sentiasa menggesa kepada semua kepimpinan masjid di seluruh negeri ini agar sentiasa peka dan turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Usai solat tarawih, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs dan Syed Sirajuddin Areeb Putra turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah yang hadir.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE