Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berangkat pulang dari Hospital Putrajaya semalam n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berangkat pulang dari Hospital Putrajaya semalam

Raja Perlis berangkat pulang dari Hospital Putrajaya semalam

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 08:47

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat pulang yakni dibenar ‘discaj’ dari Hospital Putrajaya pada pukul 3.30 petang semalam (7 April).

Sebelum ini Baginda selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada Sabtu, 1 April lalu.

Baginda yang diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid akan bersemayam dan mendapatkan rawatan pemulihan selanjutnya di Istana Perlis, Kuala Lumpur sehingga pulih sepenuhnya.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerusi kenyataan Istana Arau hari ini.

Dizahirkan melalui Tuanku Pemangku Raja juga, Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis menitahkan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada pasukan kesihatan terutama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta seluruh warga Hospital Putrajaya (HPj) yang mempersembahkan perkhidmatan dan komitmen baik sepanjang tempoh Baginda menjalani pembedahan dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ucapan terima kasih daripada Baginda berdua juga ditujukan kepada seluruh rakyat negeri Perlis dan semua kaum kerabat serta kenalan yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keafiatan Baginda.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat semua tetamu-tetamu yang sudi melapangkan masa hadir, selain mempersembahkan bingkisan juadah, bunga-bungaan dan cenderakenangan kepada Baginda.

Pada Selasa lalu 4 April 2023, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi Tuanku Raja Perlis.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli juga turut sembah mengadap Baginda di Hospital Putrajaya.

Tidak terkecuali dif-dif kenamaan lain yang juga turut hadir ke Hospital Putrajaya bagi mengucapkan selamat sembuh kepada Baginda adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr. Zulkapli Mohamed serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. 

 

Sumber: Suara Medeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE