Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs sumbang RM4,475,600 zakat fitrah tahun ini n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs sumbang RM4,475,600 zakat fitrah tahun ini

MAIPs sumbang RM4,475,600 zakat fitrah tahun ini

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 08:45

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan berjumlah RM4,475,600 bantuan zakat fitrah bagi tahun 2023.

Sumbangan berkenaan disalurkan kepada 11,189 penerima daripada kalangan Asnaf Fakir Miskin di 102 buah Kariah masjid di seluruh negeri.

 

Pelancaran penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah MAIPs yang diadakan di ibu negara pada khamis malam.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran MAIPs sebagai satu medium interaksi bagi menghimpunkan pelbagai tokoh dalam memberikan sumbangsaran terhadap prestasi dan pencapaian MAIPs.

 

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; diiringi anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah; Sharifah Farah Adriana serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ketika bertitah pada majlis berkenaan, Pemangku Raja mengingatkan semua agar setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh MAIPs hendaklah sentiasa ‘membumi’ atau dalam erti kata lain realistik dan menepati keperluan yang dihasratkan oleh rakyat.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah agar MAIPs sentiasa bersedia dengan dinamika kehidupan rakyat masa kini serta sentiasa mengambil pendekatan yang relevan, progresif dan berorientasikan hasil; dengan mengekalkan teras ajaran agama, bertunjangkan prinsip al-Quran dan As-Sunnah.

Terdahulu daripada itu dilaksanakan sesi ‘Pembentangan Pencapaian MAIPs Tahun 2022’ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor. 

 

Sumber: Suara Medeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE