Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis lawat Balai Islam TNB Bangsar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis lawat Balai Islam TNB Bangsar

Pemangku Raja Perlis lawat Balai Islam TNB Bangsar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 08:43

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi TNB, Datuk Abdul Razak Abdul Majid; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Indera Ir. Baharin Din dan Ketua Hal Ehwal Islam TNB, Fajuri Mamat serta para kepimpinan tertinggi syarikat milik Kerajaan (GLC) Malaysia yang merupakan satu-satunya syarikat utiliti elektrik di Semenanjung Malaysia yang menyediakan perkhidmatan elektrik kepada seluruh pengguna domestik dan industri tersebut.

 

 

 

Pemangku Raja dipersembahkan dengan taklimat mengenai kompleks tiga tingkat tersergam indah yang berkeluasan 1.67 hektar; memiliki tiga ruang solat yang boleh memuatkan seramai 2,850 jemaah itu.

Selain daripada itu, ia turut menempatkan pejabat dan kuarters staf Unit Hal Ehwal Islam TNB, dewan seminar, kafeteria, ruang parkir dua tingkat dengan kapasiti 206 lot serta perkhidmatan pengurusan jenazah.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya berkenan menunaikan solat jumaat di masjid dengan seni bina berkonsepkan kontemporari dan elegan bercirikan mesra alam tersebut sebelum mengakhiri lawatan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE