Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ramadan ajar kita saling membantu, kukuhkan hubungan, bekerjasama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ramadan ajar kita saling membantu, kukuhkan hubungan, bekerjasama

Ramadan ajar kita saling membantu, kukuhkan hubungan, bekerjasama

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 08:39

RAMADAN mengajar tentang peranan setiap daripada kita untuk saling membantu, saling mengukuh hubungan serta saling bekerjasama untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera dan menjayakan sesebuah organisasi.

Apapatah lagi bagi menegakkan syiar agama Islam melalui usaha mengamalkan setiap ajarannya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menunaikan solat Zohor di Masjid Daerah Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda bersempena Program Eks PerBah 2023 tersebut disambut oleh Imam Besarnya, Ustaz Mohamad Khairul Abdul Rajak serta para pegawai masjidnya.

 

Dalam kenyataan MAIPs, sempena kunjungan tersebut juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada masjid berkenaan yang diterima oleh Mohamad Khairul untuk tujuan aktiviti dakwah.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE