Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis terima sembah mengadap PM di Hospital Putrajaya n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis terima sembah mengadap PM di Hospital Putrajaya

Raja Perlis terima sembah mengadap PM di Hospital Putrajaya

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 April 2023 08:37

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Putrajaya, petang semalam.

Hadir sama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Turut berada disisi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada 1 April lalu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Anwar dan Wan Azizah mempersembahkan ucapan selamat kepada Raja Perlis dan berharap agar Baginda dikurniakan kesembuhan segera.

Perdana Menteri dan isteri yang tiba pada pukul 1.30 petang itu berada bersama Baginda dan Raja Perempuan sehingga pukul 2.15 petang di hospital berkenaan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE