Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berkenan rasmi program Keusahawanan WiSE n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berkenan rasmi program Keusahawanan WiSE

Raja Muda Perlis berkenan rasmi program Keusahawanan WiSE

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Februari 2023 08:00

KANGAR, 15 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan merasmikan program seminar keusahawanan yang turut dilaksanakan secara dalam talian (webinar) di bawah Program '

Program sehari yang merupakan usaha sama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) itu antara lain berperanan sebagai satu wadah dalam melonjakkan potensi diri usahawan wanita dalam pelbagai aspek seperti motivasi, jati diri, imej dan personaliti.

Dalam titah ucapan perasmian baginda, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Penasihat YTF bertitah dalam bidang keusahawanan, tidak dinafikan peranan dan sumbangan wanita amat besar kepada ekonomi negara selain berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan rantaian nilai.

"Selaku Penasihat Yayasan Tuanku Fauziah, saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan sehingga berjaya melahirkan usahawan wanita yang hebat dan berjaya hingga ke satu tahap yang amat membanggakan," titah baginda.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA Datuk Zulfikri Osman dalam ucapannya di majlis perasmian seminar itu berkata program seminar keusahawanan sebegini penting untuk menjadikan wanita ejen perubahan dalam komuniti melalui usaha perubahan sikap dan cara berfikir.

"Sesi perkongsian pengalaman bersama ikon-ikon hebat dalam dunia perniagaan perlu diambil sebagai ilmu untuk meningkatkan prestasi perniagaan agar terus kekal berdaya saing dan konsisten dalam industri," katanya.

Selain sesi perkongsian pengalaman bersama pemain industri, promosi produk usahawan serta pertunjukan program khas keusahawanan MARA seperti MARA in Fashion (MIF) dan Beauty In Business (BiSS) antara pengisian lain dalam program itu hari ini.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE