Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs lancar Tabung Khas Sumbangan Mangsa Bencana Turkiye, Syria 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs lancar Tabung Khas Sumbangan Mangsa Bencana Turkiye, Syria 2023

MAIPs lancar Tabung Khas Sumbangan Mangsa Bencana Turkiye, Syria 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Februari 2023 08:41

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melancarkan Tabung Khas Sumbangan Mangsa Bencana Turkiye dan Syria 2023 sebagai medium untuk sumbangan masyarakat.

Bagi anggota masyarakat yang berhajat untuk memberikan sumbangan melalui MAIPs, boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat di Laman Portal rasmi MAIPs, www.maips.gov.my.

 

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Aceo) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan media (MAIPs) selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada program sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 101 asnaf kariah Kampung Kok Klang dan Felda Chuping di Masjid Al-Hakam, Kampung Kok Klang, Mata Ayer.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM700 seorang.

 

 

Dalam titah,Raja Muda berkongsi bahawa ‘Telus dan tulus adalah kunci utama dalam memastikan sesuatu misi kemanusiaan yang dijalankan mencapai maksud dan tujuannya’.

Baginda bertitah, adalah menjadi keutamaan bagi semua pihak yang menjalankan sesuatu misi kemanusiaan untuk memastikan kepercayaan masyarakat sentiasa terpelihara serta manfaat yang ingin dicapai menjadi kenyataan.

 

 

“Kepercayaan adalah perkara yang paling penting, bahkan ianya merupakan amanah yang mesti dijaga oleh setiap yang terlibat menjayakan misi kemanusiaan,” titah Baginda.

Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin telah mengetuai beberapa misi kemanusiaan antarabangsa MAIPs antaranya membantu Pelarian Syria di Mafraq, Jordan pada Februari 2016 dan bantuan kemanusiaan di Al-Quds pada Oktober 2018.

Baginda juga merupakan Kerabat DiRaja di dunia pertama yang telah melakukan misi kemanusiaan di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar Bangladesh pada Oktober 2017.

Menurut kenyataan media tersebut juga, MAIPs sentiasa menghargai para penyumbang yang selama ini tidak putus-putus memberikan amanah sumbangan mereka untuk diuruskan dalam misi kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan mengadakan satu perbincangan secara dalam talian diiringi sama Mohd Nazim bersama dengan Pengurusan Kanan NGO Misi Kemanusiaan Antarabangsa iaitu Humanitarian Care Malaysia yang juga dikenali sebagai MyCARE, diketuai oleh Pengerusinya Datuk Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Zaman Shaharul Anwar serta Pengurus Besar MyCARE, Roha Hassan bagi menerokai peluang serta potensi untuk bekerjasama. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE