Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur RM15 juta menerusi Skim Bantuan Perumahan, tahun lalu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur RM15 juta menerusi Skim Bantuan Perumahan, tahun lalu

MAIPs salur RM15 juta menerusi Skim Bantuan Perumahan, tahun lalu

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 Februari 2023 08:34

ARAU, 9 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan lebih RM15 juta sepanjang tahun lalu menerusi pelbagai Skim Bantuan Perumahan kepada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negeri Perlis.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM11.993 juta telah disalurkan kepada 128 keluarga yang menerima bantuan sebuah kediaman MAIPs Peduli, manakala sebanyak 205 buah keluarga lagi telah menerima bantuan baik pulih kediaman yang lebih selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, selain itu MAIPs turut menyalurkan bantuan baik pulih mikro sebanyak RM3.060 juta melalui 102 buah kariah di negeri ini tahun lalu.

Sumbangan bawah inisiatif perumahan MAIPs ini diharap dapat mencapai hasrat agihan bantuan zakat MAIPs iaitu sebagai merawat kesukaran asnaf melalui matlamat pembangunan lestari berpanjangan.

(FOTO RTM)

Beliau menyembah maklum mengenainya kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.

Ia bersempena program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf di sekitar Kurong Anai, Arau, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut singgah di tiga buah rumah asnaf yang mempunyai masalah bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada mereka sepanjang program berlangsung.

 

Sumber: BeritaRTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE