Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani – Raja Muda Perlis

Tingkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 09 Februari 2023 11:49

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan seruan kepada seluruh masyarakat agar berusaha meningkatkan perubahan minda demi melahirkan masyarakat madani seperti slogan yang dibawa oleh kerajaan Pusat ketika ini.

Titah Baginda, bagi merealisasikan impian ke arah mencapai masyarakat bertamadun tinggi, perubahan hendaklah bermula daripada segenap minda yang mampu membawa kepada segala aspek perubahan tindakan dalam kehidupan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ketiga bagi tahun 2023 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Hasyimi Kampung Long Boh dekat Arau, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Raja Muda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ameer Ikhwan Zaini.

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada 20 warga asnaf di kariah masjid berkenaan.

Selain itu Baginda juga berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Cement Industries of Malaysia (CIMA) Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Zaiviji Ismail dan Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenaan menerima sembah mengadap perpisahan Ameer Ikhwan Zaini yang akan mula bertugas sebagai Pegawai Atache di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir tidak lama lagi.

Terdahulu daripada itu Raja Muda berkenan menziarah Halijah Che Long, 90, di kediaman yang terletak di Kariah Che Ok, Simpang Empat.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE