Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan ledakan teknologi digital ke arah memperkukuh ekonomi negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan ledakan teknologi digital ke arah memperkukuh ekonomi negara – Raja Muda Perlis

Manfaatkan ledakan teknologi digital ke arah memperkukuh ekonomi negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Februari 2023 08:24

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya semua pihak memanfaatkan ledakan teknologi digital ke arah memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara.

Titah Baginda, pendigitalan terkini seperti analisis data raya (BDA), kecerdasan buatan (AI), internet untuk segala-galanya (IoT) dan pengkomputeran dapat mempertingkatkan kecekapan perniagaan dan industri sekaligus menjadikan sasaran kos efektif dapat dijayakan.

 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengerusi Cement Industries of Malaysia (CIMA) Berhad, Datuk Zaiviji Ismail dan Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim bersempena Program Ziarah Kasih Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) badan korporat berkenaan di Perlis pada kali ini.

Baginda turut meluangkan masa bagi mendengar maklumat berkaitan perkembangan terkini CIMA selain dipersembahkan mengenai impak ekonomi loji simen dan konkrit di Perlis yang telah diasaskan sejak tahun 1972 itu lagi dan pada bulan Mac tahun ini akan menyambut ulangtahunnya yang ke-50 dengan penuh bermakna sekali.

Menurut Sharuddin, CIMA amat berbangga kerana dalam usia separuh abad ini, pelbagai kejayaan telah dicapai selain telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam pembangunan fizikal negeri dan juga negara.

“CIMA telah membuktikan keupayaannya dalam pembangunan negara dengan membekalkan bahan-bahan berkaitan simen kepada projek-projek utama mega di Malaysia, termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Lebuhraya Utara-Selatan, Nusajaya, Iskandar Malaysia, MRT Lembah Klang dan Projek Jejambat Dua Elektrik (EDTP). Semuanya ini telah menjadikan CIMA sentiasa relevan sehingga kini,” jelas beliau. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE