Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis terima mengadap Komander-Komander Askar Wataniah seluruh negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis terima mengadap Komander-Komander Askar Wataniah seluruh negara

Raja Perlis terima mengadap Komander-Komander Askar Wataniah seluruh negara

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 01 November 2022 08:26

ARAU, 28 Oktober- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerima mengadap Komander-Komander Askar Wataniah Siri 500 sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 500 bermula hari ini sehingga Ahad.

Antara yang berangkat mengadap ialah Komander Rejimen 505, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerima mengadap Komander-Komander 
Askar Wataniah Siri 500 sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 500)

 

Turut berangkat, Komander Rejimen 508, Brigadier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Komander Rejimen 512, Brigadier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Komander Rejimen 513, Brigadier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Baginda turut meraikan kesemua tetamu jemputan pada Majlis Santapan Diraja di Istana Arau.

Mesyuarat Sidang Komander kali ini akan berlangsung di Universiti Malaysia Perlis yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

SKAW dikoordinasikan dan diterajui Komander Rejimen 504, Brigadier Jeneral, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE