Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MTUN perlu fokus bangunkan ekosistem keusahawanan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MTUN perlu fokus bangunkan ekosistem keusahawanan – Raja Muda Perlis

MTUN perlu fokus bangunkan ekosistem keusahawanan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 01 November 2022 08:25

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Malaysian Technical University Network (MTUN) memberi fokus terhadap misi membangunkan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing di universiti.

Sehubungan itu, titah Baginda, program perniagaan dan keusahawanan di MTUN perlu dioptimum bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran merancang dan menyertai peluang perniagaan serta keusahawanan sebelum bergraduasi.

 

“Inisiatif ini akan menyumbang kepada survival graduan TVET dalam dunia sebenar,” titah Baginda.

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ketika berkenan berangkat merasmikan “Elsevier-MTUN Symposium 2022” di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau semalam.

 

Keberangkatan tiba Baginda ke program anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai tuan rumah dengan kolaborasi MTUN dan Elsevier South East Asia yang julung kali diadakan ini disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan Pengarah Wilayah Elsevier South East Asia, Omar Malik.

 

Antara universiti-universiti MTUN negara yang terlibat adalah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sendiri.

Titah Raja Muda, graduan kini berhadapan dengan cabaran memasuki bidang pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang diikuti di universiti.

 

“Kita juga sedia maklum bahawa pasaran pekerjaan juga berubah dengan munculnya pelbagai kerjaya baru dengan penguasaan pengetahuan dan kemahiran baru,” titah Baginda.

Untuk rekod, Malaysia telah mengangkat TVET daripada program persijilan pada peringkat sekolah kepada pengajian tinggi dan kini disemarakkan melalui penawaran program teknologi di MTUN.

 

Memperkasa TVET bagi membangun dan mengembangkan bakat merupakan strategi ‘Game Changer’ negara dan sesungguhnya MTUN merupakan pemacu penting agenda berkenaan. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE