Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Terima Sumbangan Ambank Untuk YTSP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Terima Sumbangan Ambank Untuk YTSP

Raja Muda Perlis Terima Sumbangan Ambank Untuk YTSP

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 27 Oktober 2022 09:34

PETALING JAYA: AmBank (M) Berhad dengan kerjasama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan berangkat menghadiri majlis persembahan cek yang dipersembahkan oleh Pengarah Urusan ‘Retail Banking’ AmBank (M) Berhad, Aaron Loo dan Pengasas KLFW, Andrew Tan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Aaron dalam ucapanya berkata, pihak AmBankntelah melaksanakan inisiatif bersama kempen jualan amal dengan kerjasama Finn Anuar (@perempuanmelawanart).

Artis komik tempatan berkenaan telah mereka cipta dua desain kemeja-t “#iAmMalaysia” untuk AmBank yang menyerlahkan lagi gambaran kehidupan seharian masyarakat di Malaysia.

Menurut Aaron, sejumlah RM50,000 daripada hasil jualan baju tersebut telah dikhaskan untuk menyokong Pusat Autism di bawah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang akan memberikan sokongan kepada inisiatif di bawah Genius Kurnia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Di majlis tersebut, sebanyak 26 rekaan jenama ‘Khatreena’ diperagakan pada majlis makan malam ‘A Night Ready To Wear Fashionable Luxury KL Fashion Week (KLFW)’ yang berlangsung di Element Hotel Kuala Lumpur.

Pakaian jenama ‘Khatreena’ itu adalah rekaan Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang juga merupakan puteri sulung kepada Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis.

Dalam perkembangan yang sama, satu hasrat untuk menjadikan Perlis sebagai ‘destinasi baru industri tekstil pilihan’ melalui usaha pemerkasaan kemahiran golongan asnaf dan B40 sedang dalam pertimbangan untuk dilaksanakan oleh pihak KLFW dengan kerjasama pihak MAIPs dan YTSP Perlis.

Sumber daripada Utusan  

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE