Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda, anakanda ucap “Selamat Bergembira” untuk rakyat Perlis sambut Deepavali n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda, Raja Puan Muda, anakanda ucap “Selamat Bergembira” untuk rakyat Perlis sambut Deepavali

Raja Muda, Raja Puan Muda, anakanda ucap “Selamat Bergembira” untuk rakyat Perlis sambut Deepavali

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Oktober 2022 07:45

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam titah Baginda berdua mengucapkan “Selamat Bergembira”‘ dalam suasana muhibbah bersama seluruh ahli keluarga dan rakan taulan kepada rakyat Perlis yang menyambut Hari Deepavali hari ini.

Ucapan yang sama juga dizahirkan oleh anakanda-anakanda Baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

 

Seluruh rakyat juga dititah supaya sentiasa mempertahankan keharmonian kaum dan agama yang telah menjadi tradisi yang diwarisi di bumi bertuah ini.

 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Valiram yang diadakan di Kuala Lumpur.

 

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan berangkat menyaksikan beberapa sesi pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) sempena ‘The Innovate Tech Show and Global Drone Conference & Exhibition 2022’ di Main Stage, Hall B, MATRADE Exhibiton and Convention Centre di ibu negara baru-baru ini.

 

Antaranya yang melibatkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diwakili Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dengan Surya Biotech Engineering Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Mohd Adam Haziq Faris dan Lawi Engineering (M) Sdn Bhd oleh Pengarahnya, A. Rathakrishnan.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE