Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wanita dan pembangunan tidak boleh dipisahkan – Tuanku Syed Faizuddin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Wanita dan pembangunan tidak boleh dipisahkan – Tuanku Syed Faizuddin

Wanita dan pembangunan tidak boleh dipisahkan – Tuanku Syed Faizuddin

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Oktober 2022 07:36

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pertautan antara wanita dengan pembangunan negara amat penting serta tidak boleh diketepikan.

 

Titah baginda, sumbangan wanita daripada pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik di Malaysia serta di seluruh dunia begitu dominan .

 
 

Oleh itu menurut baginda, perubahan pada peranan ekonomi masa kini mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat daripada segi peranan dan fungsi sosialnya.

 

“Wanita kini semakin cekap dan punyai wibawa serta upaya yang besar dalam memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi masyarakat dan negara.

 

“Jumlah wanita yang bekerja dalam sektor professional khususnya dalam perkhidmatan awam mahupun swasta juga semakin bertambah, sesuai dengan taraf pendidikan serta komitmen tinggi demi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara,” titah baginda.

 

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Seminar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertajuk : “Wanita dalam Pembangunan Negara” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur  hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan Ahli Pemegang Amanah YTF, Datuk Rajasekaran Murugiah.

 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah serta Ahli-Ahli Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

 

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Penasihat DiRaja YTF,  sistem pendidikan juga kini mengutamakan kesamarataan antara golongan wanita dan lelaki.

 

“Hal ini dapat melonjakkan daya persaingan yang positif demi kemajuan masyarakat dan negara.

 

“Oleh itu, kaum wanita disarankan supaya terus menerus bangkit dengan wajah baharu bagi meraih hak, kedudukan dan peluang sosial yang setepatnya dalam pembangunan masyarakat dan negara’.

 

Baginda turut menegaskan bahawa kaum wanita harus peka membuat keputusan yang selaras dengan kehendak komuniti berlandaskan perubahan minda dan gaya hidup masyarakat kini.

 

Titah baginda, aliran semasa perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat turut menuntut golongan wanita sentiasa peka dalam konteks pembangunan sosial demi kemajuan negara.

 

“Peranan kaum wanita dalam pembangunan negara yang berteraskan lapangan ilmu dan sosial juga perlu diteliti dengan lebih menyeluruh,” titah baginda.

 

Penutupan seminar sehari ituakan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE