Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda: Ambil manfaat kepelbagaian pusat pengajian tinggi di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda: Ambil manfaat kepelbagaian pusat pengajian tinggi di Perlis

Raja Muda: Ambil manfaat kepelbagaian pusat pengajian tinggi di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Oktober 2022 08:15

Kewujudan pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi di negeri ini seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), dan tidak lama lagi Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) sewajarnya diambil peluang sebaiknya oleh semua pihak termasuklah sekolah-sekolah dan masjid-masjid untuk memastikan wujudnya kolaborasi yang mampu memanfaatkan masyarakat setempat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11,600 kepada 29 asnaf terpilih di mana masing-masing menerima RM400 setiap seorang bagi anak kariah Masjid As Sakinah, Kampung Padang Melangit untuk diagihkan oleh amilnya, Asnan Senawi.

 

Mengiringi Baginda ke Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 21 Bagi Tahun 2022 itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Dalam titah Baginda menambah, penubuhan Faizuddin Center Of Educational Excellence (FCOE) di bawah MAIPs juga diharap bukan hanya akan dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri dalam peningkatan bidang akademik tetapi juga dalam aspek kokurikulum dan sukan.

 

Tuanku Syed Faizuddin juga memaklumkan bahawa Perlis akan menjadi tuan rumah Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke 33 Tahun 2022 mulai 28 hingga 30 Oktober ini.

 

Titah Baginda, persidangan tahunan tersebut yang pertama kali diadakan secara fizikal sejak Covid-19 melanda dunia itu akan dihadiri oleh Komander-Komander Siri 500 Tentera Darat Malaysia dari seluruh negara.

“Sama-samalah kita mengalu-alukan kehadiran mereka ke negeri Perlis ini dengan senyuman, keramahan dan tahap kebersihan premis masing-masing yang terbaik,” titah Baginda.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE