Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan terima menghadap tokoh pendakwah terkenal n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan terima menghadap tokoh pendakwah terkenal

Raja Perlis berkenan terima menghadap tokoh pendakwah terkenal

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 11 Oktober 2022 08:07

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap tokoh pendakwah terkenal dari Maghribi, Syaikh Dr. Said Ibn Muhammad al-Kamali di Balai Menghadap Biru Istana Arau, malam tadi.

 

 

Turut berangkat sewaktu sesi menghadap tersebut ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 
 

Dr. Said berada di Perlis bagi menghadiri Tausiah Syeikh Said Al-Kamali bersempena Bulan Zikra Rasul peringkat negeri ini yang berlangsung hari ini di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Seberang Ramai, Kuala Perlis.

 

Beliau adalah seorang ilmuan yang mahir dalam pelbagai teks dan matan melibatkan ilmu Nahu, Sarf, Balaghah, Feqh, Hadith, Mustalah Hadith, Syair Kesusasteraan Arab dan lain-lain.

 

Ulama dunia berusia 50 tahun itu juga mendapat pendidikan awal dengan menekuni dan mendalami ilmu al-Quran di Marrakech.

 

Sebelum ini, beliau berulang-alik setiap minggu selama enam tahun ke wilayah Marrakech iaitu lebih kurang 350 kilometer dari wilayah Rabat untuk bertalaqqi dengan salah seorang pemilik Ijazah Bersanad Tertinggi Ilmu Qiraat iaitu Syeikh Abdul Rahim Nabulsi dan turut dianugerahkan Ijazah Bersanad 10 Qiraat bacaan Al-Quran.

Program Zikra Rasul adalah anjuran KUIPs dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

 

Kemuncak Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis juga disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin sewaktu Forum Zikra al-Rasul MAIPs yang akan sejurus selepas solat Maghrib, Selasa ini di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar. 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE