Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 25 pakar perunding dan sukarelawan IJN di Program Kesihatan Komuniti di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
25 pakar perunding dan sukarelawan IJN di Program Kesihatan Komuniti di Perlis

25 pakar perunding dan sukarelawan IJN di Program Kesihatan Komuniti di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 11 Oktober 2022 08:00

INSTITUT Jantung Negara (IJN) membawa pasukannnya yang melibatkan 25 pakar perunding dan sukarelawan sempena Program Kesihatan Komuniti di Perlis selama dua hari.

Program pertama pada 7 Oktober diadakan di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping manakala pada 8 Oktober pula di Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

 

Program ini dilaksanakan setelah menerima pelawaan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs dan Pengerusi YTSP Perlis telah berkenan menyempurnakan program berkenaan di pekarangan Nurul Huda, Felda Chuping, Padang Besar, petang semalam.

 

Keberangkatan Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Datuk Dr Aizai Rahim, Ketua Jabatan Pembedahan Jantung, Prof Dr Alwi Yunus dan Pakar Bius, Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya.

 

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari, CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi.


Semasa berucap, Dr Aizai telah memaklumkan IJN membawa pasukannya ke Perlis untuk memberi kaunseling kesihatan kepada penduduk setempat berserta menyediakan surat rujukan ke hospital atau klinik terdekat untuk rawatan susulan bagi yang memerlukan.

 

Tambah beliau, IJN juga membawa perkhidmatan khas untuk kanak-kanak iaitu Penilaian Am (kepala ke kaki), perkhidmatan lain serta demonstrasi CPR (Resusitasi Kardiopulmonari).

 

Juga katanya, diadakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna dan teknik mencuci tangan.

 

 

 

Beliau berharap dengan penganjuran program yang dihadiri kira-kira 300 orang ini akan memperoleh manfaat kesihatan dan perkhidmatan yang diberikan.

 

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600
kepada 29 asnaf terpilih bagi kariah Masjid Nurul Huda, Felda Chuping.

 

Setiap asnaf ini akan menerima RM400 yang akan diagihkan oleh amilnya Shafizan Salim sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 20 bagi tahun 2022 ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE