Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - CIMA sumbang RM200,000 kepada YTSP Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
CIMA sumbang RM200,000 kepada YTSP Perlis

CIMA sumbang RM200,000 kepada YTSP Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 11 Oktober 2022 07:53

CEMENT Industries Of Malaysia Berhad (CIMA) menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Sumbangan tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-50 CIMA pada tahun ini.

Ia adalah untuk dimanfaatkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang akan meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

 

Sebanyak RM100,000 daripadanya untuk Tabung Pendidikan YTSP Perlis manakala selebihnya iaitu RM100,000 lagi untuk dana menaiktaraf Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis yang diinisiatifkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta YTSP Perlis itu.

 

 

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi CIMA Berhad, Datuk Zaiviji Ismail kepada Setiausaha Kehormat YSTP Perlis, Datuk Johari Darus di kilang CIMA di Bukit Ketri, petang semalam sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Turut hadir, Pengarah Urusan CIMA, Sharuddin Omar Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Dalam ucapan, Zaiviji memaklumkan bahawa selaku sebuah syarikat yang bertanggungjawab, CIMA menyambut baik titah Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis agar syarikat-syarikat korporat sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan berkongsi limpahan ekonomi dengan mereka yang memerlukan.

 

Menurut beliau, CIMA yang merupakan anak syarikat milik penuh UEM Group Berhad, telah mula beroperasi sejak 1973 di negeri Perlis menerusi kilang simen pertamanya yang terletak di Bukit Ketri, dan telah menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negeri secara langsung di samping turut mencipta peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan.

 

Katanya, sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, CIMA amat menitikberatkan aspek tanggungjawab korporat sosial, di mana ianya komited untuk turut memainkan peranan dalam mensejahterakan serta menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

 

Zaiviji percaya, inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh YTSP Perlis nanti pastinya akan membantu mensejahterakan kehidupan serta menaiktaraf status sosio-ekonomi mereka yang terlibat dengan jayanya.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE