MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
PADANG BESAR: Lokasi sesebuah kawasan yang terletak di sempadan negara walaupun terbukti mempunyai potensi ekonomi cukup besar dan strategik namun ia lebih mudah terdedah dengan pelbagai isu terlarang.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kegiatan tersebut termasuk aktiviti penyeludupan barangan, hidupan dan manusia selain masalah sosial.
“Namun, perkara-perkara ini diyakini mampu diatasi dengan sebaiknya jika para warganya berterusan dibekalkan dengan ilmu, kesedaran serta diterapkan dengan sahsiah serta moral tinggi dalam diri.
“Justeru, situasi seumpama ini perlu diatasi dengan seberapa segera, berperancangan dan berintegriti supaya ia tidak memberi impak negatif bukan sahaja kepada individu dan keluarga itu sendiri, malah ke tahap yang lebih besar lagi iaitu terhadap agama, bangsa, negeri dan negara,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Masjid Al Ghofur, Padang Lati, Beseri di sini, semalam
Sementara itu, baginda bertitah, agensi-agensi serta organisasi bertanggungjawab melalui kerjasama dengan kepimpinan setempat diharap dapat memperhebatkan peranan masing-masing dalam menyalurkan maklumat, ilmu dan panduan kepada warga di kawasan sempadan.
Sumber:UTUSAN ONLINE