Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Awasi “Pencuri” Waktu Belajar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Awasi “Pencuri” Waktu Belajar

Awasi “Pencuri” Waktu Belajar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Januari 2022 08:30

Mata Ayer – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyarankan para pelajar agar memiliki dan mengikuti jadual belajar yang dibuat dan sentiasa mengawasi “pencuri” waktu belajar, iaitu angan-angan kosong, sikap bertangguh, leka dan malas. Pelajar juga dinasihati mengikuti jadual pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka sendiri.

Para pelajar perlu tahu waktu yang sesuai untuk belajar, iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi, selepas membaca al-Quran, berzikir, selepas beriadah, selepas berdoa dan sebagainya.

Para pelajar tidak kira di peringkat mana sekali pun janganlah membuang masa dengan belajar ketika badan terlalu letih atau terlalu mengantuk. Berikanlah ganjaran kepada diri selepas berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan-rakan atau sesuatu yang boleh menghiburkan hati sendiri buat seketika waktu dari masa ke semasa.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media MAIPs selepas berkenan berangkat singgah bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Azila Azali yang merupakan penerima “Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs” di rumahnya di Mata Ayer baru-baru ini.


Raja Muda Perlis semasa berkenan berangkat singgah bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat.

Sumber: Buletin Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE