Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan Peluang Berwakaf – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan Peluang Berwakaf – Raja Muda Perlis

Manfaatkan Peluang Berwakaf – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Januari 2022 20:27

Kangar – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Persembahan Kutipan Wakaf Tunai untuk Masjid At-Taqwa, Kampung Alor Redis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Suara Sunnah Malaysia baru-baru ini.

Sumbangan kutipan wakaf tunai menggunakan platform “Toyyib-Pay” dalam talian berjumlah RM45 032 berkenaan dipersembahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Suara Sunnah Malaysia, Tuan Haji Syed Abu Bakar Syed Kamal Bahrin Jamalullail.

Dalam majlis tersebut, baginda mengajak seluruh umat Islam untuk memanfaatkan peluang melaksanakan ibadah wakaf selagi hayat masih ada. Baginda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs bertitah,

Selagi hayat dikandung badan, ibadah berwakaf harus diusahakan sebagai pelaburan akhirat yang berpanjangan dan berkekalan selain memberikan manfaat kepada ummah.

Terdahulu, Masjid At-Taqwa yang sebelum ini menerima musibah kebakaran berjaya mengumpulkan dana wakaf hampir RM1.8 juta yang akan digunakan untuk pelan baik pulih dan naik taraf masjid tersebut untuk jangka masa panjang, selain turut menerima peruntukan baik pulih daripada pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Turut serta dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor yang menyeru umat Islam mengambil langkah bijak dan berstrategi untuk melaksanakan ibadah wakaf yang mengalir bersama-samanya pahala yang berpanjangan. Menurut beliau, “Sebagai umat contoh, kita perlu melaksanakan ajaran agama yang sentiasa mengajar kita untuk berkorban dengan berkongsi rezeki demi memberikan manfaat kepada umat. Oleh sebab itu, banyak daripada ayat al-Quran yang menggandingkan pengorbanan harta dan jiwa untuk berjihad mempertahankan agama.”

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE