Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan disiplin sebagai pegangan hidup n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan disiplin sebagai pegangan hidup

Jadikan disiplin sebagai pegangan hidup

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Januari 2022 20:25

ARAU : Disiplin perlu dijadikan pegangan serta diterapkan dalam diri masing-masing supaya sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, teratur dan fokus.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam urusan mengendalikan rumah mahupun tempat kerja aspek disiplin yang tinggi perlu dibiasakan sehinggalah menjadi suatu amalan.

“Budaya kebersihan ini sudah lama dilaksanakan oleh negara-negara maju dan ini merupakan cerminan dan amalan dalam kehidupan masyarakat yang maju dan bermentaliti kelas pertama dalam tindakan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al Furqan, Kampung Bunga Emas, Simpang Empat di sini, semalam.

Pada masa sama, MAIPs turut menyerahkan sumbangan zakat kepada 28 orang asnaf melalui amil kariah masjid itu, Zamri Saad yang masing-masing menerima RM400 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11,200.

Sementara itu, baginda turut menyantuni dua orang asnaf iaitu Rudi Nasrul Hasan, 41 yang menghadapi masalah kesihatan dan Kamaruddin Bahari, 55 iaitu seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, antara amalan kebersihan yang perlu dibiasakan ialah sentiasa menyapu sampah walaupun tiada sampah yang jelas kelihatan pada mata kasar.

“Hasilnya kita masih dapat lihat sampah yang kecil terkumpul pada penyodok sampah berkenaan. Kedua, lap habuk walaupun nampak bersih, kerana habuk itu tetap ada dan wujud di sekeliling kita.

“Ingatlah bahawa kebersihan itu amat dituntut di dalam agama Islam. Tidak semua benda perlu dibayar terutamanya melibatkan kebersihan. Kadang kala kehidupan berubah kerana tindakan diri kita sendiri,” titah baginda.

Sumber:UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE