Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kebenaran bersyarat rapat saf solat berjemaah di Perlis berkuat kuasa 8 Januari n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kebenaran bersyarat rapat saf solat berjemaah di Perlis berkuat kuasa 8 Januari

Kebenaran bersyarat rapat saf solat berjemaah di Perlis berkuat kuasa 8 Januari

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Januari 2022 20:15

PERLIS, 6 Januari - Kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis, akan berkuat kuasa mulai waktu subuh 8 Januari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaraan berkenaan diberi setelah mendapat perkenan Raja PerlisTuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ia selepas meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 selain peratusan tinggi vaksinasi dos penggalak di Perlis ketika ini.

Titah Tuanku Syed Faizuddin lagi Jemaah yang hadir diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing tanpa sentuhan fizikal.

Bagaimanapun jemaah yang tinggal serumah adalah diwajibkan merapatkan saf dengan sentuhan fizikal.

Selain itu semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standars (SOP) Kesihatan dan Keselamatan yang berkuatkuasa.

Kebenaran dan SOP berkenaan akan dilaksanakan di kesemua masjid seluruh Perlis namun tertakluk kepada SOP.

Manakala surau samada tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka.

Larangan ini termasuk kepada Agensi, Institusi, Parti, Maahad Tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE