Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah hidup perlu berprinsipkan disiplin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah hidup perlu berprinsipkan disiplin

Raja Muda Perlis titah hidup perlu berprinsipkan disiplin

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Januari 2022 11:55

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa dalam kehidupan kita perlu berpegang serta menerapkan diri dengan sifat yang begitu penting iaitu disiplin. Melalui disiplin inilah sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, teratur, fokus serta kekal berterusan.

Baginda bertitah, dalam urusan mengendalikan rumah mahupun tempat kerja terutamanya bila melibatkan aspek kebersihan, kita harus mempunyai disiplin yang tinggi dan perlu dibiasakan sehinggalah menjadi suatu amalan.

“Budaya kebersihan ini sudah lama dilaksanakan oleh negara-negara maju dan ini merupakan cerminan dan ‘amalan’ dalam kehidupan masyarakat yang maju dan bermentaliti kelas pertama dalam tindakan”.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs’ yang diadakan di Masjid Al Furqan, Kampung Bunga Emas, Simpang Empat bagi menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 28 orang asnaf terpilih melalui amil kariah masjid berkenaan iaitu Zamri Saad. Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh pada kali ini sebanyak RM11,200.

Sempena program tersebut baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor turut berkenan menyantuni dua orang asnaf iaitu Rudi Nasrul Hasan, 41 yang menghadapi masalah kesihatan dan tidak lagi dapat bekerja dan Kamaruddin Bahari, 55 yang merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, antara amalan yang perlu dibiasakan ialah sentiasa menyapu sampah walaupun tiada sampah yang jelas kelihatan pada mata kasar kita. Hasilnya kita masih akan dapat lihat sampah yang kecil terkumpul pada penyodok sampah berkenaan. Kedua, lap habuk walaupun nampak bersih, kerana habuk itu tetap ada dan wujud di sekeliling kita.

Terang baginda, setelah selesai menggunakan sesuatu ruangan itu, pastikan ianya dikemaskan semula. Ini dapat mengelakkan sifat bertangguh untuk mengemas dan memastikan ruangan sentiasa kemas dan rapi. Selain itu, pastikan juga sampah sentiasa dibuang apabila tong sampah sudahpun penuh, terutama sekali sampah yang melibatkan sisa makanan bagi mengelakkan bau yang busuk dan mengundang serangga perosak seperti tikus, lipas dan semut.

Baginda turut mengingatkan supaya amalan menyapu sawang atau sarang labah-labah pada siling atau bahagian-bahagian yang tersorok di rumah mahupun pejabat perlu diberi perhatian, selain pada masa yang sama memastikan bilah-bilah kipas atau lampu yang tergantung sentiasa dilap kerana ia amat mudah diselaputi dan memerangkap debu”.

‘Ingatlah bahawa kebersihan itu amat dituntut di dalam agama Islam. Tidak semua benda perlu dibayar terutamanya melibatkan kebersihan. Kadang kala kehidupan berubah kerana tindakan dari diri kita sendiri’, tegas Tuanku Raja Muda yang sentiasa mahukan rakyat Perlis hidup bersih dan sejahtera.


Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE