Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ambil peluang laksanakan ibadah wakaf selagi hayat ada – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ambil peluang laksanakan ibadah wakaf selagi hayat ada – Raja Muda Perlis

Ambil peluang laksanakan ibadah wakaf selagi hayat ada – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Januari 2022 11:54

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengajak seluruh umat Islam untuk mengambil peluang bagi melaksanakan ibadah wakaf selagi hayat ada.

Titah baginda selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), selagi hayat dikandung badan, ibadah berwakaf harus diusahakan sebagai pelaburan akhirat yang berpanjangan dan berkekalan selain memberikan manfaat kepada ummah.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Persembahan Kutipan Wakaf Tunai Untuk Masjid At-Taqwa Kampung Alor Redis Kerjasama MAIPs dan Pertubuhan Suara Sunnah Malaysia baru-baru ini.

Sumbangan kutipan wakaf tunai menggunakan platform “Toyyib-Pay” dalam talian berjumlah RM45,032 berkenaan dipersembahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Suara Sunnah Malaysia, Hj Syed Abu Bakar Syed Kamal Bahrin Jamalullail.


Masjid At-Taqwa yang sebelum ini telah menerima musibah kebakaran berjaya mengumpulkan dana wakaf hampir RM1.8 juta yang akan digunakan untuk pelan baikpulih dan naiktaraf masjid bagi jangka masa panjang selain turut menerima peruntukan baikpulih daripada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dalam hubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor menyeru umat Islam mengambil langkah bijak dan berstrategi untuk melaksanakan ibadah wakaf yang mempunyai pahala berpanjangan.

“Sebagai umat contoh, kita perlu melaksanakan ajaran agama yang sentiasa mengajar kita untuk berkorban dengan berkongsi rezeki demi memberikan manfaat kepada umat. Kerana itu banyak daripada ayat Al-Quran yang menggandingkan pengorbanan harta dan jiwa untuk berjihad mempertahankan agama,” jelas beliau.

Di program yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan melalui amilnya, Shuib Bahari. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh bernilai RM21,000 pada kali ini.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE