Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berangkat Menghadiri Forum, Ceramah Dan Menyantuni Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berangkat Menghadiri Forum, Ceramah Dan Menyantuni Asnaf

Raja Muda Perlis Berangkat Menghadiri Forum, Ceramah Dan Menyantuni Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Disember 2021 10:26

Arau – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pada 17 Disember 2021 berkenan berangkat menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Musibah Membawa kepada Muhasabah” yang diadakan di Masjid Assobirin Kg. Gial.

Forum tersebut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa masjid tersebut dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam TNB Perlis.

PHOTO 2021 12 18 13 16 14 300x212

Raja Muda Perlis berkenan menyantuni golongan asnaf.

Ahli panel undangan forum tersebut terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor; Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Roslan Che Ros; dan Imam Besar Negeri Perlis, Haji Ahmad Sirajuddin Abd Sattar Al-Hafiz. Forum tersebut  dikendalikan oleh moderator Haji Hashim Othman Al-Hafiz.

Yang turut hadir ialah Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Perlis, Azian Alias dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang turut menyerahkan sumbangan PR1MA berjumlah RM5000 kepada masjid berkenaan untuk tujuan aktiviti pengimarahan.

Raja Muda Perlis berangkat menghadiri program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-36 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid Sirajuddin Kg. Padang Pauh.

Terdahulu pada sebelah siangnya, Tuanku Raja Muda Perlis berkenan berangkat menghadiri program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-36 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid Sirajuddin Kg. Padang Pauh bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs bernilai RM11 200 kepada amilnya, Zakaria Khamis untuk diagihkan kepada 28 orang asnaf terpilih dengan masing-masing akan menerima sebanyak RM400 setiap seorang.

Turut diadakan ialah Ceramah AADK dengan kupasan tajuk “Rakyat Perlis Benci Najis Dadah” dan promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung sepenuhnya di bawah MAIPs.

Sementara itu, baginda turut berkenan singgah menyantuni dua buah rumah asnaf, iaitu Nadri Othman (berusia 70 tahun) dan Asma Man (berusia 60 tahun), di sekitar kariah berkenaan bagi bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan MAIPs.

 

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE