Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Integriti adalah komitmen pada prisip moral – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Integriti adalah komitmen pada prisip moral – Raja Muda

Integriti adalah komitmen pada prisip moral – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Disember 2021 10:06

KANGAR: Integriti perlu dilihat sebagai satu komitmen terhadap prinsip moral yang tinggi dalam memikul dan menjalankan sesuatu tugas sama ada di peringkat individu mahupun organisasi. 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, di peringkat individu, penghayatan konsep integriti bererti seseorang itu perlu menunjukkan keselarasan di antara apa yang diungkapkan dengan apa yang dilakukan.

“Seseorang juga perlu bertindak menurut prinsip moral, etika dan undang-undang, mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi, serta melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dengan tepat dan berkualiti.

“Manakala di peringkat organisasi pula, penghayatan integriti perkhidmatan terjelma dalam bentuk perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, proses kerja dan juga pematuhan terhadap amalan terbaik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ameer Fawwaz Sungai Baru, di sini hari ini. Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Setiap asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 yang diagihkan oleh amilnya, Mohd Shokkeri Ismail.

Sementara itu, baginda bertitah, integriti juga merupakan elemen penting demi menjamin kesejahteraan dalam kalangan kakitangan awam. 

“Integriti mempunyai hubungan positif dengan kesejahteraan individu, kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi. Integriti membentuk kakitangan berakhlak dan bebas daripada tingkah laku negatif. 

“Begitu juga sebaliknya, yang mana kelemahan integriti menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu pekerjaan,” ujarnya.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE