Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bantuan Fitrah MAIPs Meringankan Kesusahan Masyarakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bantuan Fitrah MAIPs Meringankan Kesusahan Masyarakat

Bantuan Fitrah MAIPs Meringankan Kesusahan Masyarakat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Disember 2021 08:13

Arau – Amalan menabung dan pelaburan telah dilihat menjadi satu inisiatif yang boleh membantu masyarakat di saat dunia masih bergelut dengan krisis COVID-19. Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ramai rakyat terpaksa mengeluarkan duit simpanan kerana mahu meneruskan kelangsungan kehidupan dan mahu menjadikan modal untuk menjana pendapatan.

“Rata-rata penduduk terjejas sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak COVID-19 yang kini telah mengakibatkan kematian lebih 28 000 kematian di Malaysia.”

“Sehubungan dengan itu, banyak inisiatif dan bantuan telah disalurkan oleh pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri dan pihak lain untuk membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh masyarakat.”

“Sebagai contoh, peningkatan pengeluaran portfolio simpanan dan pelaburan sepanjang tempoh pandemik ini juga telah membuktikan kepentingan menabung kerana boleh membantu di saat mengalami kesukaran.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program berbasikal MAIPs Peduli Khas COVID-19 di Guar Sanji, Arau.

Antara penerima Bantuan Fitrah MAIPs yang sempat disantuni oleh Tuanku Raja Muda pada kayuhan kali ini ialah Mohd Saad Ali dan Aishah Abdullah. Mereka tidak dapat bekerja kerana sakit. Mereka tinggal bersama-sama dengan keluarga dan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 beserta kit MAIPs Peduli yang berisi makanan asas dan beras fidyah.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE