Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wujudkan lebih ramai petani tanaman komersial n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Wujudkan lebih ramai petani tanaman komersial

Wujudkan lebih ramai petani tanaman komersial

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Disember 2021 08:16

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap lebih ramai petani tempatan mengusahakan tanaman komersial sebagai punca pendapatan utama. 

Sehubungan itu, titah baginda, para petani perlu sentiasa diberikan pendedahan secukupnya mengenai kaedah dan teknik bertani secara moden untuk menjamin hasil serta pendapatan yang munasabah dan mampan.

“Pendedahan dan kaedah tersebut penting kepada para petani meskipun keluasan kawasan diusahakan itu berkemungkinan tidak besar,” titah baginda selepas berkenan berangkat melawat Cendawan Kukur Perlis – Beseri Mushroom Farm bersempena program MAIPs Peduli di Kampung Beseri Dalam di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) negeri, Nor Afzami Isa.

Baginda turut meluangkan masa merasai sendiri pengalaman memetik cendawan tersebut selain mendengar taklimat mengenai teknik tisu kultur untuk penghasilan benih cendawan pelbagai spesis oleh pengusahanya, Mohd Amin Zainal Abidin dan isteri, Siti Aminah Mohd Hassan.

Sementara itu, Mohd Amin berkata, keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin yang amat prihatin dengan pembangunan negeri dan rakyat itu memberi inspirasi serta semangat kepada mereka untuk terus mengorak langkah dalam penanaman tersebut.

Katanya, mereka memulakan operasi secara kecil-kecilan dengan hanya membuat kajian mengenai cendawan sisir pada tahun 2018.

Ujarnya, kini, mereka telah berjaya menghasilkan lapan jenis benih cendawan lain iaitu Tiram Kelabu, Tiram Putih, Tiram Sado, Tiram Pink, Tiram Kuning, Telinga Kera (Black Jelly), Melati dan Ganoderma.

Sebagai rekod, pada tahun 2020, pengusaha tersebut telah mendapat Bantuan Ekonomi Tambahan (AET) dari Risda negeri.

Difahamkan, antara produk lain yang dihasilkan adalah seperti cendawan segar, kit DIY cendawan, benih cendawan, bongkah cendawan matang selain menawarkan kursus kultur tisu dan penghasilan benih cendawan, kursus penanaman cendawan pelbagai spesis, peralatan untuk penanaman cendawan dan khidmat konsultansi.

Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada FB page: Cendawan Kukur Perlis, Youtube channel: cendawan kukur perlis dan Shopee: aminaminah.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE