Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sifat malu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan pelbagai gejala negatif – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sifat malu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan pelbagai gejala negatif – Raja Muda Perlis

Sifat malu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan pelbagai gejala negatif – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 01 Disember 2021 08:12

Sifat malu mengajar masyarakat supaya sentiasa menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia dan terpuji. Ini kerana sifat malu mencegah dan menjauhkan seseorang itu daripada melakukan sebarang bentuk perbuatan dosa, berkelakuan buruk, hina dan tercela.

‘Selain itu, ia juga akan membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dalam gerak-geri dan tingkah laku sama ada perkataan mahupun perbuatan’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Mubarak, Tasoh. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang untuk diagihkan oleh amilnya, Ustaz Hashim Othman Al Hafiz pada semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE